Ads Top

Pendapatan Blog Bulan September 2016


Oh sekarang dah bulan Oktober 2016. Nampaknya aku kene tepati janji untuk cerita peningkatan atau penurunan pendapatan dan perkara-perkara berkaitan blog aku ni.

Bulan september adalah bulan yang menggembirakan untuk aku. Bagi yang masih belum tahu, bulan September adalah bulan dimana aku dapat payout pertama daripada Google Adsense.

Mengimbau sejarah aku dengan Google Adsense, sebenarnya aku baru je lagi berkecimpung dalam dunia blog dan juga Google Adsense. Secara spesifiknya, aku dapat akaun penuh Google Adsense pada November 2016, setelah hampir 6 bulan aku memulakan blog. Hampir satu tahun kemudian (lame tu oo..) barulah aku dapat kumpul minimum USD100 tu dan payout terus ke akaun bank aku..

Ok. Cukup pasal Google Adsense..

Selain daripada Google Adsense, aku ada juga buat freelance penulisan di iLancee dan sertai beberapa program affiliate.

Setakat bulan September sahaja beberapa artikel telah aku siapkan untuk order di iLancee dengan jumlah pendapatan RM75. Jumlah keseluruhan pendapatan yang aku buat di iLancee adalah RM145 sahaja setakat ni. Walaupun sedikit tetapi aku rasa potensi pada masa hadapan tu agak tinggi.

Tetapi apa yang mengejutkan adalah laman iLancee tiba tiba tutup untuk penyelenggaraan. Tanpa sebarang notis pulak tu huhu (atau aku yang tak perasan ade notis pemberitahuan). iLancee tutup sebulan sejak 3.10.2016 yang lepas. Bulan depan baru dijangka akan beroperasi semula dengan sistem yang lebih tersusun.

Program affiliate pula telah menjadi antara penyumbang utama dalam blog aku. Tapi dengan sedihnya aku nak bagi tahu bahawa pendapatan daripada program affiliate yang aku sertai pada bulan September sangat menyedihkan iaitu hanya RM61 sahaja. Takpelah..Syukur..

Secara keseluruhannya, jumlah pendapatan kasar yang aku dapat dalam bulan September adalah:

RM389 (Google Adsense)
RM75 (iLancee)
RM61 (Affiliate)
---------------------
RM 525

Jika dibandingkan dengan pendapatan bulan Ogos memang tak banyak beza dan ada sikit je peningkatan. Itu pun kebetulan Google Adsense dah cukup untuk payout. Kalau tak rasanya pendapatan bulan ni memang merudum haha.

Kos

Setiap keuntungan mesti ada kosnya. Kos utama dalam berblog adalah bayaran internet aku. RM140.

Ini menjadikan pendapatan bersih blog bagi bulan September 2016 adalah sebanyak RM385.

Alhamdulillah.

Perancangan:

Setakat ini aku agak berpuas hati dengan pencapaian blog aku walaupun aku mahukan lebih dari itu. huhu. Aku harap aku dapat teruskan jadual blogging aku dengan konsisten serta memberikan maklumat yang terbaik kepada pembaca blog aku.

Masa untuk berblog semakin terhad disebabkan isteri dah mula bekerja dan kadangkala terpaksa outstation bersama isteri dan anak-anak.

Aku juga bercadang untuk lebih fokus pada pelanggan newsletter blog aku melalui emel yang kini hampir mencecah 700 orang.

Aku nak belajar html ringkas untuk memudahkan aku ubah kod dalam template blog.

Aku juga nak cari masa untuk berkenal-kenalan dengan blogger lain kat luar sane tu..yang jauh lebih hebat dan pakar dari aku..

Ok. tu jela kot kisah pendapatan blog aku untuk bulan September 2016.


Dikuasakan oleh Blogger.